KONSEP KAEDAH FIQH DAN 3 PERANAN KAEDAH FIQH
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
SESI : JUN 2016
NAMA KURSUS : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM
ISLAM ( DUA 2012 )
NAMA PENSYARAH : EN SUFFIAN BIN MOHD FABILAH
KELAS : DET 2
TAJUK :
KONSEP KAEDAH FIQH DAN 3 PERANAN KAEDAH FIQH
NAMA PELAJAR:
1. AHMAD NABIHAN BIN MOHD SAHARUM (25DET15F2039)
2. AHMAD NABIL BIN MOHD SAHARUM (25DET15F2038)
3. MUHAMMAD ZULFADHLI BIN JAMALUDIN (25DET15F2036)
4. WIDIALIONG BIN NOORDIN (25DET15F2033)
TAJUK :
KONSEP KAEDAH FIQH DAN 3 PERANAN KAEDAH FIQH
NAMA PELAJAR:
1. AHMAD NABIHAN BIN MOHD SAHARUM (25DET15F2039)
2. AHMAD NABIL BIN MOHD SAHARUM (25DET15F2038)
3. MUHAMMAD ZULFADHLI BIN JAMALUDIN (25DET15F2036)
4. WIDIALIONG BIN NOORDIN (25DET15F2033)
ISI KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN
2. PENDAHULUAN
3. KONSEP KAEDAH FIQH
2. PENDAHULUAN
3. KONSEP KAEDAH FIQH
3.1 Maksud Fiqh
3.2 Pengertian Fiqh Dari Sudut Bahasa
3.3 Fiqh Pada Istilah
4. TIGA PERANAN KAEDAH FIQH
4.1 Kehujjahan Kaedah Fiqh
5. KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
KONSEP KAEDAH FIQH DAN 3
PERANAN KAEDAH FIQH
1. Penghargaan
Bismillahirahmanirahim.
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya dan selawat dan salam
disertakan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dapat juga kami
menyempurnakan projek bagi subjek Sains
Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (DUA 2012) ini. Sepanjang menjalankan
kerja projek ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit
mahupun manis yang amat berharga dan bermana dalam hidup kami sebagai seorang
mahasiswa dan mahasiswi. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menajalankan
projek ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja hidup kami. Justeru itu,
kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih
terperinci lagi berkaitan projek ini iaitu “ Konsep Kaedah Fiqh dan 3 Peranan
Kaedah Fiqh”.
Di kesempatan
ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami
iaitu, Ustaz Suffian Bin Mohd Fabilah kerana beliau telah banyak memberikan
tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan projek ini. Tunjuk ajar beliau
amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan
ini.
Oleh itu, kami
juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah
banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan projek
ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan
usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Akhir madah, ucapan
ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang
telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda
semua, projek ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya.
2. Pendahuluan
Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum. Kaedah Fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh ulama bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban hari. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam memelihara kemaslahatan ummah kini. Terdapat lima kaedah utama yang disepakati dalam kalangan fuqaha. Salah satunya ialah 'kesukaran membawa kemudahan'.
Kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini ialah kesukaran yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang serta menghalangnya dari melakukan kerja amal. Disyaratkan juga kesukaran itu umum berlakunya, adapun kesukaran yang jarang-jarang berlaku maka kesukaran itu tidak diambil kira.
Kesukaran biasa wujud dalam melaksanakan kewajipan dan kerja-kerja seharian yang mampu dilakukan oleh manusia tanpa mendatangkan kemudaratan maka kesukaran ini tidak menghalang dari tanggungjawabnya. Dari segi syarak juga tidak mengangkatnya seperti kesukaran bekerja, mencari rezeki, berjihad menentang musuh dan sebagainya.
3. KONSEP KAEDAH FIQH
3.1 Maksud Fiqh
Pengarang kitab Adwar ‘Ilm al-Fiqh wa Atwaruh berkata: perkataan fiqh di awal kebangkitan Islam tidak hanya dikhususkan semata-mata kepada ilmu fiqh, bahkan perkataan ini digunakan untuk kesemua cabang ilmu asas dalam Islam, sama ada yang berbentuk usul seperti aqidah atau pun furu’ seperti fiqh, juga termasuk yang berkaitan dengan akhlak.
Manakala faqih pula dinisbahkan kepada seseorang yang menghafal ayat-ayat al-Quran serta memahami maknanya, tahu nasakh mansukhnya, muhkam mutashabih, ‘umum, khusus, mutlaq atau muqayyad.
‘Abd al-Karim Zaydan dalam bukunya al-Madkhal li Dirasat al-Shari‘ah al-Islamiyya berkata pada asalnya kalimah fiqh digunakan untuk kesemua hukum-hukum agama yang dibawa oleh syariah.
Abu Hanifah, ‘Ubayd bin Mas‘ud, Imam al-Ghazali dan juga Hasan al-Basrimenggunakan perkataan fiqh untuk semua Ilmu. Imam Abu Hanifah contohnya telah menamakan tulisannya yang berkaitan dengan aqidah sebagai “al-Fiqh al-Akbar”. Imam al-Ghazali berkata:
ولقد كان اسم الفقه في العصر الأول مطلقاً على علم طريق الآخرة ومعرفة دقائق آفاق النفوس ومفسدات الأعمال وقوة الإحاطة بحقارة الدنيا وشدة التطلع إلى نعيم الآخرة واستيلاء الخوف على القلب، ويَدُلّكَ على ذلك قوله عز وجل: فَلَوْلاَ نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ.
Maksudnya:
Sesungguhnya istilah fiqh pada zaman pertama diistilahkan untuk semua jenis ilmu yang membawa kepada akhirat dan mengetahui perincian yang berkaitan dengan jiwa, perkara yang merosakkan amalan, kekuatan menguasai kehinaan dunia, bersungguh dalam mengkaji kenikmatan akhirat dan mengusai ketakutan terhadap hati. Apa yang disebutkan di atas, dibuktikan dengan firman Allah taala: Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
Begitu juga dengan Ubaid bin Mas'ud pernah berkata:
اسم الفقه في العصر الأوّل كان مطلقًا على علم الآخرة، ومعرفة دقائق النفوس، والاطلاع على الآخرة وحقارة الدنيا، ولست أقول: إن الفقه لم يكن مُتناولاً أولاً الفتاوى والأحكام الظاهرة.
Maksudnya:
Perkataan fiqh pada peringkat permulaan digunakan untuk ilmu berkaitan akhirat, ilmu untuk mengenali batin jiwa manusia, mengetahui alam akhirat dan kehinaan dunia. Namun aku tidak mengatakan bahawa perkataan fiqh itu langsung tidak mencakupi perkara berkaitan fatwa dan hukum hakam zahir.
Setelah beredarnya masa, penggunaan perkataan fiqh mula dikhususkan untuk ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam yang bermula pada zaman tabi‘ al-tabi‘in.
3.2 Pengertian Fiqh dari sudut Bahasa
Perkataan fiqh merupakan pecahan bagi kata dasar (فقه) dan diulang sebanyak 20 kali dalam al-Quran.
Dari sudut bahasa maksudnya berlegar sekitar memahami dan ilmu.
a) al-Jirjani mentakrifkan fiqh sebagai: Memahami maksud pertuturan seseorang.
a) al-Jirjani mentakrifkan fiqh sebagai: Memahami maksud pertuturan seseorang.
b) Pengarang Ensiklopedia fiqh pula berkata fiqh ialah: Mengetahui sesuatu dan memahaminya dan cerdik tentangnya. Kebiasaanya perkataan fiqh digunakan untuk ilmu-ilmu agama kerana kemuliaan ilmu ini.
c) Muhammad Mustafa Shalabi dalam bukunya al-Madkhal fi al-Ta‘rif bi al-Fiqh al-Islami: berkata al-Quran menggunakan perkataan fiqh untuk memahami sesuatu dengan mendalam.
d) Manakala al-Razi dan al-Amidi pula berkata al-fiqh ialah faham.
e) Begitu juga dengan Abu Bakr Ahmad al-Baghdadi berkata al-fiqh ialah al-fahm (faham). Seseorang itu tidak faqih kata-kata ku maksudnya seseorang itu tidak memahami kata-kataku.
Maksud fiqh dari sudut bahasa sebagaimana yang diterangkan oleh ahli-ahli bahasa ialah memahami dan mengerti kerana setiap ilmu datangnya daripada Allah. Makna inilah yang telah ditegaskan oleh Allah.
FirmanNya:
قَالُوا يَا شُعَيْبُ مَا نَفْقَهُ كَثِيرًا مِمَّا تَقُولُ
Maksudnya: Mereka berkata: Wahai Shua'ib, ! Kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang Engkau katakan itu.
FirmanNya lagi:
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي () يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya: Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, ”Supaya mereka faham perkataanku. ”
Oleh itu apa yang dimaksudkan dengan fiqh dari sudut bahasa ialah memahami sesuatu perkara dengan mendalam dan terperinci. Oleh itu seseorang tidak dinamakan faqih jika dia tidak memahami sesuatu dengan jelas terang dan terperinci.
3.3 Fiqh Pada Istilah
Dari segi istilah, pelbagai pengertian telah dikemukakan oleh para ulama, walaupun berbeza dari segi lafaz tetapi dari sudut makna ia hampir mempunyai persamaan.
a) al-Zarkashi dan al-Isnawi telah memberi pengertian fiqh dengan katanya: Mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci.
b) Manakala al-Amidi menyebut fiqh ialah ilmu yang terhasil secara jumlahnya daripada hukum-hukum syarak yang far‘i dengan cara memerhati dan menggunakan dalil.
c) al-Baji memberi pengertian yang lebih ringkas tentang fiqh iaitu mengetahui hukum-hukum syarak.
d) Ibn Qudamah berkata: Fiqh ialah mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk perbuatan seperti halal, haram, sah dan fasad.
e) al-Shawkani: Mengetahui hukum-hukum syarak dengan dalil-dalil yang terperinci dengan cara beristidlal.
f) al-Asmandi berkata fiqh ialah hukum-hukum yang didapati melalui syarak, bukannya hukum yang diperolehi daripada aqal.
Kesimpulan tentang maksud fiqh ialah mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal dengan mendalam dan terperinci yang diambil daripada dalil yang terperinci.
Memang tidak dinafikan kaedah fiqh mempunyai kepentingan yang amat besar kepada umat Islam lebih-lebih lagi kepada para ulama yang berkecimpung dalam bidang yang berkaitan dengan pengeluaran hukum hakam dan fatwa, seperti para mufti dan hakim. Kepentingan dan faedah mempelajari ilmu ini, telah banyak diperkatakan oleh ulama-ulama silam dalam karangan mereka dan juga oleh penulis-penulis semasa. Sebelum pengkaji meringkaskan apa yang telah diperkatakan oleh mereka, rasanya lebih baik kita perhatikan apa yang pernah disebutkan oleh ulama silam tentang ilmu ini:
Imam Suyuti pernah menyebut dalam kitabnya al-Ashbah wa al-Naza’ir:
اعلم أن فن الأشباه والنظائر فن عظيم، به يطلع على حقائق الفقه، ومداركه ومآخذه وأسراره، ويتمهر فى فهمه واستحضاره، ويقتدرعلى الإلحاق والتخريج، ومعرفة الأحكام والمسائل التى ليست بمسطورة، والحوادث والوقائع التى لاتنقضى على ممر الزمان.
Maksudnya: Sesungguhnya Ilmu al-Ashbah Wa al-Nazair suatu ilmu yang agung, dengannya dapat diketahui hakikat fiqah, tempat pengambilan dan rahsia-rahsianya mahir dalam memahami fiqh dan menghadirkan masalah, mampu untuk menyamakan dan mengeluarkan hukum, dapat mengetahui hukum-hukum dan masalah-masalah yang tidak habis persitiwa dan kejadian yang tidak habis dengan perjalanan masa.
Manakala al-Zarkashi pula berkata:
ومن ضبط الفقه بقواعده استغنى عن حفظ أكثر الجزئيات لاندراجها في الكليات………. .
Maksudnya: Sesiapa yang mengawal fiqh dengan kaedah–kaedah fiqh maka dia tidak perlu untuk menghafal banyak cabang kerana cabang tersebut telah terangkum dalam kuliyyat. . . . . .
Manakala ulama dari mazhab Maliki pula menyebut dalam al-Furuq:
وهذه القواعد مهمة في الفقه، عظيمة النفع، وبقدر الإحاطة بها يعظم قدر الفقيه ويشرف،
Maksudnya: Kaedah ini penting bagi fiqh, besar manfaatnyadengan mendalaminya akan hebat seseorang faqih dan ia akan mulia….
4. TIGA PERANAN KAEDAH FIQH :
i. Memudahkan pemahaman terhadap hukum-hakam untuk diguna pakai dalam persoalan sains teknologi dan kejuruteraan
Kaedah fiqah telah menetapkan formula teras atau asas untuk diguna pakai sebagai rujukan sebelum memulakan sesuatu penyelidikan. Setiap persoalan baharu yang timbul dalam kajian sains teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada Al-Quran dan hadis serta kaedah fiqah bagi menentukan sesuatu hukumnya yang timbul. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah fiqah adalah sebagai garis panduan kepada para saintis dan teknokrat dalam melaksanakan uji kaji mereka. Justeru, segala ciptaan dan inovasi yang dihasilkan sebenarnya menjurus kepada kaedah fiqah.
ii. Membantu manusia (khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera) untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan.
Kaedah fiqah telah membantu saintis, teknorat dan jurutera untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu dalam operasi mereka. Isu-isu dalam sains, teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan kaedah ini supaya operasi dalam penyelidikan dan inovasi mendapat keberkatan Allah SWT. Justeru, dengan adanya kaedah fiqah ini, para saintis dan golongan teknorat akan dapat mengatasi masalah kesulitan manusia dan membantu menyelesaikan masalah fiqah yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.
Hukum-hukum yang sudah ditetapkan dalam kaedah fiqah sangat sesuai untuk menjawab segala persolan tentang cabang atau sampingan yang timbul dalam perkara berkaitan bidang sains teknologi dan kejuruteraan. Isu-isu yang berkaitan sains teknologi dan kejuruteraan amat luas dan memerlukan kaedah ini bagi membantu mencari jalan keluar dan menyelesaikan masalah hukum dari sudut syarak. Pelbagai kajian, ciptaan dan inovasi telah dilakukan oleh para sarjana dunia yang memerlukan penyelesaian dan jawapan terhadap isu dan permasalahan yang timbul berdasarkan hukum menurut perspektif Islam.
4.1 Kehujahan Kaedah Fiqh
Kaedah fiqah telah menetapkan formula teras atau asas untuk diguna pakai sebagai rujukan sebelum memulakan sesuatu penyelidikan. Setiap persoalan baharu yang timbul dalam kajian sains teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada Al-Quran dan hadis serta kaedah fiqah bagi menentukan sesuatu hukumnya yang timbul. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah fiqah adalah sebagai garis panduan kepada para saintis dan teknokrat dalam melaksanakan uji kaji mereka. Justeru, segala ciptaan dan inovasi yang dihasilkan sebenarnya menjurus kepada kaedah fiqah.
ii. Membantu manusia (khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera) untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan.
Kaedah fiqah telah membantu saintis, teknorat dan jurutera untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu dalam operasi mereka. Isu-isu dalam sains, teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan kaedah ini supaya operasi dalam penyelidikan dan inovasi mendapat keberkatan Allah SWT. Justeru, dengan adanya kaedah fiqah ini, para saintis dan golongan teknorat akan dapat mengatasi masalah kesulitan manusia dan membantu menyelesaikan masalah fiqah yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.
iii. Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan.
Hukum-hukum yang sudah ditetapkan dalam kaedah fiqah sangat sesuai untuk menjawab segala persolan tentang cabang atau sampingan yang timbul dalam perkara berkaitan bidang sains teknologi dan kejuruteraan. Isu-isu yang berkaitan sains teknologi dan kejuruteraan amat luas dan memerlukan kaedah ini bagi membantu mencari jalan keluar dan menyelesaikan masalah hukum dari sudut syarak. Pelbagai kajian, ciptaan dan inovasi telah dilakukan oleh para sarjana dunia yang memerlukan penyelesaian dan jawapan terhadap isu dan permasalahan yang timbul berdasarkan hukum menurut perspektif Islam.
4.1 Kehujahan Kaedah Fiqh
Sebagaimana yang telah disebutkan dalam perbincangan yang lepas kaedah fiqh memainkan peranan yang besar dalam memudahkan pengeluaran hukum-hukum berdasarkan nas-nas kaedah. Dari situ timbul satu persoalan yang agak menarik untuk dibincangkan iaitu tentang kehujjahan kaedah fiqh atau dengan kata lain adakah kaedah fiqh boleh dijadikan sebagai sumber hukum sebagaimana sumber hukum yang lain seperti al-Quran, sunnah, ijmak, qiyas, al-masalih al-mursalah,sadd al-dhara’i‘, istihsan, istishab dan lain-lain sumber dalam mengistinbatkan hukum-hakam.
Perbincangan berkaitan perkara ini telah pun dibincangkan oleh beberapa penulis silam seperti Imam Shafici, Imam al-Ghazali, al-Qarafi, al-Juwayni, Ibn Daqiq al-‘Id, Imam al-Shatibi dan lain-lain. Penulis semasa seperti Ahmad al-Nadwi, ‘Uthman Shubayr, al-Burnu, Mahmud Isma‘il Muhammad Mish‘al juga telah membuat perbincangan tentang perkara ini dengan lebih lanjut. Di samping menukilkan apa yang pernah dibincangkan oleh mereka di sini, penulis juga akan menambah beberapa perkara yang tidak disebutkan oleh penulis-penulis tersebut dan membuat kesimpulan daripada apa yang telah dibincangkan.
Pendapat Ulama
Ulama telah berselisih kepada dua pendapat dalam menjadikan kaedah fiqh sebagai sumber hukum. Walaupun ‘Uthman Shubayr membahagikan kepada tiga pendapat, tetapi pendapat kedua dan ketiga boleh disatukan.
Pendapat Pertama
Harus menjadikan kaedah fiqh sebagai sumber hukum. Pendapat ini dipegang oleh, Imam al-Ghazali, al-Qarafi, Ibn Bashir, al-Shatibi, al-Suyuti, dan al-Futuhi.Manakala dari kalangan penulis semasa seperti al-Burnu, Ya‘qub al-Bahsayn dan Mahmud Isma‘il Muhammad Mish‘al.
Hujah yang Digunakan
i. Sebahagian daripada kaedah fiqh berasal daripada nas sama ada al- Quran atau al-Sunah, atau nas yang diubah suai tetapi tidak menjejaskan kedudukannya. Maka tidak dapat diterima jika atas nama nas ia diterima sebagai dalil, tetapi apabila ditukar kepada kaedah fiqh ia tidak boleh menjadi dalil.
ii. Dalil-dalil yang tidak disepakati di kalangan ulama boleh diterima sebagai sumber hukum di kalangan mazhab tertentu, sedangkan dalil yang mengiktirafnya sebagai sumber hukum lebih lemah berbanding sumber nas berkaitan dengan kaedah.
iii. Kaedah fiqh merupakan dasar kulli yang boleh diaplikasikan ke atas semua cabang. Walau pun wujud pengecualian, namun tidak menjadi suatu kecacatan kepada sifat kulli yang ada pada keadah fiqh.
iv. Kehujjahan kaedah dan kemampuannya untuk dijadikan dalil diambil daripada gabungan dalil-dalil juz’ie yang berkembang, kerana setiap dalil juz’ie merupakan hujjah yang mesti beristidlal dengannya. Maka gabungan dalil-dalil yang lebih layak dijadikan dalil.
v. Apabila diperhatikan kepada ijtihad yang dikeluarkan oleh imam-imam mujtahid, didapati bahawa mereka mengambi kira dan berpegang dengan kaedah fiqh ketika hendak mengeluarkan hukum.
Pendapat Kedua
Tidak harus menjadikan kaedah fiqh sebagaimana sumber hukum selagi tidak didapati nas yang jelas daripada al-Kitab atau al-sunnah. Pendapat ini dipegang oleh Imam al-Juwayniyy, Ibn Daqiq al-‘Id, Ibn Nujaym, penulis Majallat al-Ahkam, Mustafa al-Zarqa’ dan ‘Uthman Shubayr.
Dalil Pendapat Kedua
a) Kaedah fiqh adalah bersifat majoriti (aghlabiyyah) bukan keseluruhan (kulliyyah). Pengecualian yang ada adalah banyak. Kemungkinan akan berlaku perkara yang dikecualikan akan dimasukkan ke dalam kaedah ketika beristinbat.
b) Kebanyakan kaedah fiqh tidak bersandar kepada nas syarak, tetapi berdasarkan kepada ijtihad yang kemungkinan salah, oleh itu dengan menyamakan kaedah ke atas semua furuk termasuk dalam bahagain yang tanpa pertimbangan sewajarnya..
Pendapat Terpilih
Penulis lebih cenderung untuk memilih pendapat yang membolehkan kaedah fiqh dijadikan sebagai sumber hukum. Ini kerana hujjah yang digunakan oleh pendapat yang tidak menerimanya adalah lemah berdasarkan alasan-alasan berikut:
a. Jelas bahawa kaedah fiqh adalah berdasarkan kepada dalil-dalil yang sebahagiannya mencapai tahap qat‘i manakala yang lain sememangnya mempunyai dalil dan sandaran.
b. Kaedah yang dikeluarkan berdasarkan ijtihad juga dikira, walaupun ia hanya mencapai tahap zann kerana zann hanya semasa mengistinbatkan hukum.
c. Setiap kaedah mempunyai pengecualian. Adanya pengecualian tidak menjejaskan sifat kullinya.
5. KESIMPULAN :
Sebagai rumusan, walaupun terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia sama ada dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah s.w.t, maka tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan kaedah-kaedah yang dianjurkan dalam syariat islam.
Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia melaksanakan syariat seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh Islam maka ia akan memberi kelonggran dan kemudahan terhadap mereka. Seseorang itu tidak akan merasa terbeban dengan permasalahan yang dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan mudah.
Seperti mana yang Allah s.w.t jelaskan dalam surah al-Insyirah yang bermaksud :
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
Ayat tersebut menjelaskan bahawa walaubagaimana pun kesukaran yang dialami atau bagaimana ia dihadapi, Allah s.w.t akan menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambanya yang beriman.
Berdasarkan penjelasan tersebut dapatlah difahami bahawa masyaqqah atau kesukaran itu tidak dapat dipisahkan daripada manusia. Sekiranya semua keadaan diberikan keringanan, maka tidak akan bermakna hidup manusia kerana hidup ini memerlukan kepada perjuangan dan pengorbanan.
Salah satu ciri yang istimewa dalam syariah Islam ialah ianya fleksibel dan sesuai dengan setiap zaman. Syariah Islam tidak jumud atau beku seperti yang difikirkan oleh segelintir orang. Hukum-hakam Islam tidak hanya terikat kepada nas-nas secara tekstual, literal dan zahir tetapi harus diselaraskan dengan prinsip dan kaedah fiqh bagi mendepani permasalahan umat dan peredaran zaman.
Islam bukan agama bersifat ritual semata-mata tetapi merangkumi persoalan urusan kemasyarakatan seperti kekeluargaan, pendidikan, ekonomi (iktisad), perundangan (nizam), jihad dan pemerintahan (siasah) yang mana mesti diurus dengan penuh kebijaksanaan.
Cabaran zaman dengan kemajuan teknologi, sistem ekonomi yang kompleks, urusan manusia yang makin rencam menyebabkan pelbagai permasalahan baru timbul. Untuk itu, para ulama’ perlu menguasai pelbagai bidang ilmu fiqh dengan lebih meluas untuk memenuhi keperluan umat seperti fiqh perbandingan, fiqh awlawiyyat, fiqh kenegaraan, fiqh ekonomi dan sebagainya.
Para ulama mazhab telah banyak membicarakan perkara seperti ini. Di antara mazhab yang begitu luas mengambilkira kaedah-kaedah fiqh dalam ijtihadnya ialah mazhab Imam Abu Hanifah dan as-Syafi’i.
Mengaplikasikan kaedah-kaedah fiqh bukan bermakna mengetepikan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah tetapi sebaliknya untuk mengurus dan memandu urusan agama dan urusan manusia agar diselaraskan dengan keadaan dan masa demi kemaslahatan umat itu sendiri dan mencapai tujuan syariah (maqasid syariah).
RUJUKAN :
1. Al-Quran Al-Kareem.
2. Abd.Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh,
Pustaka Salam Sdn.Bhd, 2000.
Pustaka Salam Sdn.Bhd, 2000.
3. Ade Dedi Rohayana, Ilmu Qawa'id Fiqhiyyah Kaedah-kaedah Hukum Islam, M.Ag
Terbitan Gaya Media Pratama Jakarta, 2008.
Terbitan Gaya Media Pratama Jakarta, 2008.
4. Ahmad Nadwi (1994), Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Beirut: Darul Ghurub al-Islami.
5. Anwar Fakhri Bin Omar, Kaedah Fiqh dan Hubungkaitnya dengan Permasalahan Fiqh
Semasa, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999.
Semasa, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999.
6. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran (2011), Kuala Lumpur:
Dar al- Fikr.
7. Tajuddin Taqiyuddin Al-Subki (1441), Al-Ashbah wa al-Naza'ir, Mesir:
Percetakan Mustafa al-Babi al-Halbi wa Auladihi.
Percetakan Mustafa al-Babi al-Halbi wa Auladihi.
LAMPIRAN :
Al-Quran Al-Kareem |
0 ulasan:
Catat Ulasan